Something is Mine

i'm just a very simple person, name ma ayah beri, nur shuhada bt khairul anuar ! yg bermaksud cahaya para org yg mati syahid, :) alhamdulillah, so, i'm trying till now to be the best for my family,agama n negara ! haha ! bersemangat gilaa... :), btw, saya dengan bnganya mengatakan TAK NAK ! pada mereka yg 1) talk nonsense, 2) gilaaa,,3) pencurikkk,4)kaki menipu,5)kaki pempuan,6)hipokrit dan kesemua yg sama waktu dgnnya ! , so, ilove to being in myself ! last but not least, adiossaa !! :)

Monday 27 June 2011

Kehadapan , Tuhan



Tuhan,
aku tahu ini mungkin terlambat, sedangkan kemarin aku lalai aku lupa.
tapi hari ini aku datang. tanpa rasa malu aku menyerah pada mu.

Tuhan,
hinanya aku. setelah jiwa dihimpit rasa yang gila aku datang mencari kasih mu.

Tuhan,
sekali ini aku mohon pada mu. berikanlah aku sedikit lagi ruang biar nafas yang kau pinjamkan ini mengembus lancar.

Tuhan,
mungkin aku harus jadi manusia yang lebih utuh. yang tak gentar dengan ribut apa sekalipun. jiwa yang sedang hancur mungkin harus aku lapiskan dengan senyum. biar palsu. biar tipu. kerana cuma itu yang aku mampu.

Tuhan,
semestinya aku harus menghargai setiap saat yang kau hadiahkan pada aku. kenapa aku harus berhenti sedangkan detik buat aku masih kau hidupkan lagi?

Tuhan,
aku datang lagi nanti

No comments:

Post a Comment